ADNAN (kiri) meninjau keadaan sangkar ikan yang dilanda banjir di Sungai Pahang.  FOTO Mohd Rafi Mamat
ADNAN (kiri) meninjau keadaan sangkar ikan yang dilanda banjir di Sungai Pahang. FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


Temerloh: Bencana banjir yang melanda daerah ini sejak dua minggu lalu menyebabkan kerugian besar kepada penternak ikan sangkar apabila sangkar mereka pecah dan hanyut dibawa arus deras air Sungai Pahang disebabkan terkena pelbagai jenis sampah termasuk kayu balak.

Penternak ikan sangkar, Muhammad Zahran Ishak, 26, berkata, dia kerugian lebih RM120,000 apabila 50 sangkarnya rosak dan hanyut bersama ikan patin pelbagai saiz, minggu lalu.

Menurutnya, banjir kali ini agak berbeza berbanding sebelum ini apabila arus air Sungai Pahang begitu deras dan membawa bersama pelbagai jenis sampah termasuk kayu balak.

Justeru katanya, pihaknya terpaksa melakukan pemantauan secara berterusan selama 24 jam bagi mengelakkan sangkar yang dibina hanyut dibawa arus deras dan diikat dengan kuat menggunakan tali berkualiti serta kabel besi.

“Saya percaya ramai penternak ikan sangkar di daerah ini dan beberapa daerah lain menanggung kerugian apabila sangkar mereka rosak dan hanyut pada kejadian banjir besar yang berlaku kali ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Februari 2017 @ 8:26 AM