MAYAT mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk bedah siasat. FOTO ihsan APMM
MAYAT mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk bedah siasat. FOTO ihsan APMM
Izlaily Nurul Ain Hussein


Mersing: Lapan mayat lelaki ditemui di perairan Teluk Ramunia dekat Kota Tinggi, hari ini dipercayai warga Indonesia terbabit insiden bot pancung karam di perairan Tanjung Rhu di sini, 23 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, semua mayat itu ditemui kira-kira 9 pagi oleh kapal dagang yang melalui lokasi berkenaan.

Difahamkan, semua mayat itu ditemui kira-kira 60 batu nautika dari lokasi kejadian.

Cyril berkata, mayat yang ditemui itu kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk bedah siasat.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih lagi diteruskan.

Dengan penemuan lapan mayat itu, ini bermakna 24 orang terkorban dalam insiden terbabit iaitu tujuh wanita dan 17 lelaki.

Manakala, difahamkan mangsa yang ditemui masih hidup seramai lapan orang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 7:40 PM