Gambar mangsa mangsa bot karam terdampar di pantai perairan Tanjung Rhu, Mersing, yang viral di WhatsApp.
Gambar mangsa mangsa bot karam terdampar di pantai perairan Tanjung Rhu, Mersing, yang viral di WhatsApp.
Izlaily Nurul Ain Hussein dan Md Sah Muda


Mersing: Satu lagi mayat ditemui di Tanjung Rhu di sini, petang tadi, berhampiran lokasi penemuan sembilan mayat warga Indonesia dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lemas selepas bot dinaiki mereka karam pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, mayat ke-10 itu, seorang lelaki ditemui polis kira-kira jam 6.15 petang terdampar di pantai.

"Penemuan itu menjadikan jumlah mayat ditemui menjadi 10 iaitu enam wanita dan empat lelaki," katanya.

Bot pancung membawa 40 PATI Indonesia itu dipercayai dari Batam, Indonesia, dikatakan karam di perairan Tanjung Rhu di sini, 4 pagi tadi.

Semua mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 8:41 PM