Penduduk Kampung Kubang  Sawa, membeli keperluan harian di tepi jalan berikutan terputus hubungan sejak banjir melanda kampung itu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Penduduk Kampung Kubang Sawa, membeli keperluan harian di tepi jalan berikutan terputus hubungan sejak banjir melanda kampung itu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 477 orang hingga jam 3 petang berbanding 138 mangsa, 12 tengah hari tadi.

Jumlah itu membabitkan 123 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Mangsa banjir terbaru di Jeli membabitkan 321 orang daripada 85 keluarga yang berada di dua PPS.

Mangsa di Gua Musang juga meningkat kepada 71 orang berbanding tengah hari 53 orang. Mangsa di Pasir Puteh, Pasir Mas dan Kuala Krai tidak berubah dan masih sama seperti tengah hari tadi.

Manakala, sungai utama menunjukkan peningkatan apabila Sungai Kelantan di Tangga Krai melepasi paras bahaya 25.08 meter (m), Sungai Golok di Rantau Panjang 9.18m.

Tiga sungai berada di paras berjaga-jaga Sungai Galas di Dabong 37.56m, Sungai Lebir di Tualang 34.28m dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard 15.16m.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jaafar Ismail berkata, 19 sekolah yang tidak beroperasi hari ini masing-masing membabitkan lima di Kuala Krai, Pasir Mas (7), Tumpat (4) dan Tanah Merah (3).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 3:53 PM