Hanez dan Romie tidak hadir ke mahkamah. FOTO HM
Hanez dan Romie tidak hadir ke mahkamah. FOTO HM
Ramlah Zainal


Shah Alam: Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, hubungan pelakon Hanez Suraya Abd Aziz, 31 dan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd Rais dikatakan goyah apabila pelakon itu memfail perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, Hanez dan Romie tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguam masing-masing.

Usaha Harian Metro menghubungi Hanez dan meminta komen daripadanya menerusi telefon bimbit dan aplikasi WhatsApp juga gagal.

Sebelum ini rumah tangga pasangan ini pernah dilaporkan bermasalah tetapi Hanez menafikan perkara itu.

Hanez dan Romie diijabkabulkan di Masjid Putra, Putrajaya pada 14 Mac 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Aleesya, 1.

Romie turut memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 6:16 PM