Missouri: Seorang wanita didakwa mengambil gambar selfie dengan mayat untuk seorang rakan dan memuat naik gambar berkenaan ke dalam Facebook.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Newton County semalam, Chelsie Berry, 24, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu. Dia juga dituduh sengaja membiarkan mayat si mati, Dennis Meyer, 30, terbujur di jalan masuk sebuah rumah.

Meyer mati akibat mengambil dadah berlebihan.

Ketika ditahan Ogos lalu, Chelsie memberitahu polis, dia tidak menelefon ambulans atau membawa Meyer ke hospital kerana dia juga khayal selepas mengambil dadah Methamphetamine dan Xanax dan bimbang ditahan polis.

Chelsie akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 9 Februari depan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:12 AM