IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Muhammad Apendy Issahak


Slim River: Budak lelaki terpaksa menahan sakit lebih 10 minit selepas jarinya tersepit pada rantai basikal di Taman Seri Permai, di sini, hari ini.

Muhammad Adam Mohd Sani, 4, tersepit jari manis tangan kirinya ketika bermain di rumahnya, pada 1.30 tengah hari.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, berkata bomba mendapat maklumat daripada bapa Muhammad Adam, pada 1.36 tengah hari.

“Setibanya dilokasi, kami dapati jari manis kanak-kanak itu betul tersepit pada rantai basikal.

"Bomba kemudian bertindak membuka skru tayar basikal dan kemudian memotong rantai sehingga menggeluarkan jari mangsa yang tersepit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Operasi khidmat khas itu tamat pada 1.46 tengah hari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2017 @ 9:43 PM