Zaem yakin  bersaing dengan pelumba muda.
Zaem yakin bersaing dengan pelumba muda.
Oleh Md Fuzi Abd Lateh

Kuala Kubu Bharu : Zaem Zainal akan membawa semangat ‘orang lama’ pada sirkit akhir Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2014 di Taman Millenium Kuala Kubu Bharu hari ini.

Pelumba berusia 55 tahun yang sudah serasi berkayuh bersama pasukan Jiwa Basikal Bukit Beruntung (JBBB) sejak tiga tahun lalu.

Katanya cabaran trek sirkit akhir itu tidak mematahkan semangatnya untuk bersaing.

“Saya mahu buktikan keupayaan menamatkan jarak 40 kilometer.

“Malah, selepas membuat persiapan rapi, saya rasa sudah bersedia ke trek pertandingan,” katanya.

Zaem akan bertarung dalam kategori veteran dengan saingan tentunya daripada peserta awal 40-an.

“Kalah atau menang adat pertandingan. Bagi saya yang penting dapat menamatkan trek sejauh 40km ” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Disember 2014 @ 9:22 PM