IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Lelaki 34 tahun tahan sakit lebih enam jam apabila cincin tersangkut di kemaluannya.

Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mengeluarkan cincin berkenaan, pada kira-kira 8 malam tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan PPUM, pada 8. 56 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba Pantai tiba di PPUM empat minit kemudian.

Katanya, sebaik tiba di PPUM mereka mendapati cincin tersangkut pada kemaluan mangsa dan mereka menggunakan alat pemotong cincin dalam operasi itu.

"Bagaimanapun, kami mengalami kesukaran berikutan mata alat pemotong cincin semakin tumpul kerana gelang besi itu tebal.

"Kami terpaksa meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh untuk peralatan memotong cincin pada 1. 50 pagi, " katanya.

Menurutnya, operasi berkenaan tamat pada 4. 18 pagi.

Katanya, lelaki itu dikatakan tidak pulang kerana terus diberikan rawatan di PPUM.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2016 @ 11:22 AM