KLOPP (kiri) dan Guardiola. FOTO Reuters
KLOPP (kiri) dan Guardiola. FOTO Reuters
AFP

London: Pep Guardiola berdepan salah seorang daripada segelintir rakan sejawatan yang sering menewaskannya apabila Manchester City mengunjungi Liverpool yang dikendalikan Juergen Klopp dalam aksi tumpuan Liga Perdana Inggeris, awal pagi esok.

Klopp bagaikan duri dalam daging bagi skuad Guardiola ketika mereka sama-sama bersaing di Bundesliga, yang mana Borussia Dortmund menewaskan Bayern Munich empat kali dalam lapan perlawanan.

Liverpool melangkah ke perlawanan di Anfield malam ini di tangga kedua, satu mata mengatasi City dan biarpun Klopp menyatakan pertemuan lalu tidak dianggap penting, beliau tidak sabar untuk terus memberi tentangan.

“Kami tahu segala-galanya bagaimana Pep mengendalikan Bayern tapi ia tidak penting lagi kerana ia membabitkan pemain dan sistem berbeza,” ujar Klopp.

“Di Belanda, ia Johan Cruyff dan Total Football. Beliau (Guardiola) hampir sempurna bersama Barcelona. Beliau mempunyai pengaruh yang besar bersama Bayern dan mengubah gaya mereka seluruhnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2016 @ 6:34 AM