Shuhada Mansor


Untuk jejaka atau gadis di negara ini, saiz kita tidak jauh berbeza dengan orang Korea. Lagipun, kita masih dalam lingkungan negara Asia. Sama ada tubuh badan atau ketinggian, banyak stail boleh anda cuba.

Gen Y tahu aura K-Pop tidak pernah padam. Walaupun gelombangnya sudah jarang diheboh di media sosial, pengikut tegar tetap ada. Di sini, Gen Y senaraikan beberapa aksesori dan pakaian boleh anda padankan untuk kelihatan sama seperti idola K-Pop anda.

But tinggi

Bagi gadis bertubuh kecil di Korea, kasut but tinggi sehingga ke paras lutut menjadi pilihan. Mungkin anda akan dilihat sedikit pelik jika menggayakan di sini namun tidak salah mencuba.

Sama ada untuk keluar pada majlis istimewa dengan tema sesuai apa salahnya cuba gayakan sekali-sekala. Selalunya, but tinggi akan digayakan dengan skirt dan seluar pendek. Ia akan menampakkan kaki lebih panjang. Sekalipun anda rasa ia terlalu janggal, but biasa paras buku lali juga boleh dijadikan pilihan.

Jean skinny

Senjata utama untuk gadis kelihatan lebih tinggi. Jangan terkejut, ada juga jejaka memakainya namun dipadankan dengan baju-T labuh.

Untuk yang suka bergaya tomboi, pelbagai aksesori lain boleh anda padankan antaranya topi yang sesuai. Untuk selamat, warna hitam pilihan tepat dan boleh digayakan dengan apa saja jenis baju dan kasut.

Jaket panjang

Untuk anda bertubuh kecil, jangan takut mencuba. Misalnya memakai jaket (baju luar) labuh dengan padanan di dalam berwarna polos.

Pilih yang berukuran melebihi lutut untuk menampakkan kesan tinggi. Trend ‘kot panjang’ ini sering digayakan Mina daripada kumpulan ‘TWICE’ .

Baju- t labuh

‘Boyfriend’s shirt’ antara yang paling hit sehingga kini. Baju bersaiz besar namun dipadankan dengan seluar pendek atau ‘skinny jeans’ menjadi ‘trademark’ selebriti K-Pop sejak dulu lagi.

Bukan hanya untuk gadis tetapi ramai selebriti lelaki Korea turut menggayakan baju labuh warna kosong dipadankan dengan aksesori pelengkap gaya. Antara yang paling suka mengenakan pilihan ini, Taeyang daripada kumpulan ‘Big Bang’.

Lebih berani untuk nampak K-Pop? Teruskan eksperimentasi dengan mencuba pelbagai gaya rambut dengan pelbagai warna berbeza.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2016 @ 5:00 AM