Ibrahim Isa dan Hanafis Haris


Muar: Sorang lagi mangsa nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, awal pagi ini, disahkan meninggal dunia, pagi ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Hisham meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Muar (HPSF) dan menjadikan 14 maut semuanya.

Sementara itu, semua jasad mangsa kemalangan maut tiba di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSF), kira-kira 7.50 pagi.

info awal

SEORANG kanak-kanak antara 13 terbunuh dalam nahas bas ekspres terbabas ke dalam curam di KM137 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Kampung Jayo, awal pagi ini.

Kemalangan yang turut menyebabkan 17 penumpang lain cedera manakala pemandu dikatakan turut terkorban.

Ketika kejadian bas berkenaan dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Yusof Mohd Gunnos, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.43 pagi.

Katanya, satu jentera dan satu kenderaan Perkhidmatan Anggota dan Penyelamat Paramedik (ERMS) membabitkan seorang pegawai dan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Muar dikejarkan ke lokasi.

"Pada masa sama, jentera membabitkan pegawai dan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng serta satu jentera, seorang pegawai dan lima anggota balai Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati bas berkenaan terbabas ke dalam curam menyebabkan 13 orang termasuk seorang kanak-kanak dan pemandu meninggal dunia.

“Selain itu, 17 penumpang lain cedera dan kami berusaha membantu mereka mendapatkan bantuan kecemasan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Disember 2016 @ 9:15 AM