Kuala Lumpur: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau, Sabah awal pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dalam kenyataan, di sini, hari ini, berkata gempa berlaku pada 3.52 pagi.

Katanya, ia berpusat kira-kira 13km barat daya Ranau.

Gegaran turut dirasai di Ranau, kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, Met Malaysia sedang memantau perkembangan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2016 @ 9:43 AM