ZAHARAH (dua kiri) bersama keluarga  Che Yah Ismail (kiri) bergambar di atas Cruise Tasik di Tasik Putrajaya. FOTO Nursyahirah Marzuki
ZAHARAH (dua kiri) bersama keluarga Che Yah Ismail (kiri) bergambar di atas Cruise Tasik di Tasik Putrajaya. FOTO Nursyahirah Marzuki
Nursyahirah Marzuki


Putrajaya: Mak cik Che Yah yang menjadi viral kerana mengutip tin dan botol bersama cucunya di sekitar Flat Alam Perdana, Puncak Alam tidak lagi melakukan aktiviti itu.

Che Yah Ismail, 62, berkata, orang ramai yang datang ke rumah melarangnya untuk melakukan aktiviti terbabit malah menyarankan dia untuk berehat di rumah.

"Orang ramai yang datang memberikan sumbangan melarang saya melakukan aktiviti kutipan botol dan tin kerana faktor umur selain berbahaya.

"Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak kerana simpati dan prihatin dengan nasib saya dan keluarga malah memberi sumbangan dari pelbagai bentuk," katanya ketika ditemui di sini, hari ini, di mana dia berpeluang menaiki Cruise Tasik Putrajaya dan belon udara panas statik bersama keluarganya.

Che Yah berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke Pusat Kerajaan Persekutuan apatah lagi menaiki bot mewah dan menaiki belon udara setinggi 120 meter itu.

"Alhamdulillah, saya dan keluarga bersyukur kerana pihak Marina Putrajaya memberi peluang kepada kami untuk merasai pengalaman menaiki bot mewah dan belon udara yang ada di sini.

"Cucu antara orang yang sangat gembira dan mereka sudah bersiap sejak awal pagi kerana tidak sabar untuk datang ke sini," katanya.

Pengalamannya dan keluarga sepanjang di Putrajaya di taja sepenuhnya oleh Marina Putrajaya Sdn Bhd (MPSB) sebagai salah satu Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) bagi meraikan dan berkongsibkegembiraan kepada keluarga Che Yah.

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif MPSB Datuk Zaharah Salamat turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada Vhe Yah bagi membantu membeli barang keperluan hariannya.

Sebelum ini, Che Yah yang mengutip botol dan tin bersama cucunya viral di media sosial dan mendapat perhatian daripada orang ramai.

Berita berkaitan:

Biar sampai habis nyawa

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2016 @ 6:19 PM