LALLANA sandaran Liverpool robek gawang Everton.
LALLANA sandaran Liverpool robek gawang Everton.
AFP

Liverpool, England: Liverpool tidak boleh mendahului Liga Perdana Inggeris pada Krismas jadi hadiah terbaik yang boleh diminta peminat adalah kemenangan ke atas pasukan jiran Everton pada pertembungan jiran setempat Merseyside ke-227.

Skuad Juergen Klopp hanya sempat berada di puncak buat seketika bulan lalu namun berjaya mengatasi masalah yang memberi kelebihan buat pendahulu ketika ini, Chelsea.

Klopp mengambil langkah penting dengan menggugurkan penjaga gol Loris Karius selepas aksi kurang meyakinkan menentang Bournemouth dan West Ham United.

Beliau menerima ganjarannya di Middlesbrough Rabu lalu apabila Simon Mignolet mempertahankan gol daripada dibolosi ketika menang 3-0 yang kembali meletakkan Liverpool di tangga kedua.

Adam Lallana turut memainkan peranan terhadap kemenangan itu, menjaringkan dua gol untuk mengumpul tiga gol dalam dua perlawanan selepas kembali menyertai kesebelasan utama berikutan masalah pangkal paha.

Lallana membuktikan dirinya sebagai antara penyerang paling berbahaya dalam liga utama Inggeris dengan enam bantuan jaringan mengiringi enam gol liga.

Ia peningkatan ketara buat pemain yang hanya menjaringkan empat gol liga dan enam bantuan jaringan sepanjang musim lalu.

Liverpool sudah menemui cara untuk pemainnya berkongsi jaringan. Mereka melangkah ke aksi hujung minggu sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 40 gol daripada 16 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2016 @ 10:41 AM