Kereta yang terbabit kemalangan di Kampung Gaung Lati, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, malam tadi. FOTO ihsan IRDK Crew
Kereta yang terbabit kemalangan di Kampung Gaung Lati, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, malam tadi. FOTO ihsan IRDK Crew
Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Dua lelaki maut dan lima cedera termasuk bayi lelaki berusia setahun dalam nahas dua kereta di Kampung Gaung Lati, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, 11.08 malam tadi.

Kemalangan berlaku apabila kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki dari arah Rantau Panjang ke Pasir Mas hilang kawalan dan masuk di lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi Proton Persona.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohd Rustom Shihabudin, 33, dan Fadrul Izwan Muhamad, 35, masing-masing pemandu kereta.

"Mereka meninggal dunia di Hospital Pasir Mas dan mangsa yang cedera dirawat di hospital yang sama.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di sini, hari ini.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Disember 2016 @ 10:14 AM