GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Bau: Tiga puluh tiga pendaki yang menyertai Ekspedisi ke Gunung Brik, Kampung Trigus Sabtu lalu dikhuatiri sesat apabila gagal dihubungi sejak, semalam.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, pendaki terbabit memulakan pendakian pada Sabtu dan dijangkakan pulang semalam.

Bagaimanapun, katanya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menerima panggilan daripada seorang individu melaporkan pendaki gagal pulang pada masa ditetapkan.

"Balai Bomba dan Penyelamat Bau mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat.

"Perjalanan untuk ke gunung terbabit dari Kampung Trigus mengambil masa kira-kira enam jam," katanya.

Katanya, perkembangan operasi SAR akan dimaklumkan kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 2:23 PM