MANGSA dibawa keluar oleh pasukan penyelamat. FOTO ihsan Bomba
MANGSA dibawa keluar oleh pasukan penyelamat. FOTO ihsan Bomba
Abd Rahman Adam


Bau: Pelajar Politeknik Kuching mengalami kekejangan otot ketika menuruni Gunung Beri berhampiran Kampung Tringgus, di sini, dibawa turun pasukan penyelamat, 4.30 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa berusia 19 tahun bersama 57 pendaki lain yang juga pelajar di politeknik sama dengan tiga pemandu arah mula mendaki gunung itu pada pagi Sabtu lalu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12 tengah malam.

Katanya, ketika ditemui mangsa dalam keadaan lemah dan lesu selepas mengalami kekejangan otot ketika menuruni gunung itu pagi semalam.

"Mangsa tidak sebarang kecederaan lain dibawa turun dan tiba di Kampung Tringgus pada 4.30 pagi sebelum dibawa ke Hospital Bau untuk pemeriksaan,"katanya.

Katanya, operasi turut mendapat kerjasama sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pasukan Sukaralewan Malaysia (RELA).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 11:58 AM