PULAU Bohey Dulang saji pemandangan dan dasar laut mempesona.
PULAU Bohey Dulang saji pemandangan dan dasar laut mempesona.
myMetro

Terbentuk daripada letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu, pemandangan yang disajikan di Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah, cukup mengagumkan.

Menjadi pulau terbesar daripada lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran, pulau ini mempunyai spesies baru karang dan ikan terbanyak di dunia.

Faktor itu menyebabkan Pulau Bohey Dulang menawarkan percutian penuh pesona dan keterujaan.

Perjalanan menaiki bot dari jeti di pekan Semporna selama 30 minit pasti tidak sia-sia kerana di sepanjang perjalanan pengunjung sudah disajikan keindahan laut yang tidak tergambar dengan kata-kata.

Selain dasar laut dan permukaan airnya yang mempesona, Pulau Bohey Dulang juga terkenal dengan pemandangan menarik dari bahagian atas puncaknya selain berpeluang memerhati burung.

Untuk menyaksikan keindahan itu, pengunjung perlu mendaki bukit tertinggi di pulau itu.

Selain itu, snorkeling, selam skuba dan mandi-manda bersama pelbagai jenis ikan antara aktiviti wajib dilakukan saat bertandang ke sini.

Pulau ini tidak menyediakan penginapan tetapi jaraknya yang dekat dengan tanah besar membolehkan pengunjung ke situ dalam satu hari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 12:29 PM