Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran kilang cat di Jalan Sri Plentong 6, Taman Sri Plentong, petang tadi. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran kilang cat di Jalan Sri Plentong 6, Taman Sri Plentong, petang tadi. FOTO ihsan bomba
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Kilang cat di Jalan Sri Plentong 6, Taman Sri Plentong di sini, terbakar dalam kejadian 4 petang tadi.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Pasir Gudang, Tebrau, Johor Bahru, Taman Universiti serta Pasukan Bomba Sukarela Kulai Besar diarahkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi yang juga Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Hamid Suari berkata, operasi memadam kebakaran itu membabitkan 25 anggota bomba dan 10 bomba sukarela.

"Operasi memadam dimulakan pada jam 4.25 petang selepas kita tiba di lokasi sejurus mendapat panggilan kecemasan pada jam 4.18 petang.

"Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati kebakaran itu memusnahkan hampir 70 peratus bangunan kilang berkenaan," katanya.

Beliau berkata, disebabkan api yang besar, tong-tong cat yang terdapat di kilang berkenaan meletup dan terbang ke luar bangunan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2016 @ 7:08 PM