Jenazah Minah diusung untuk dibawa ke kubur. FOTO Safuri Kamarudin
Jenazah Minah diusung untuk dibawa ke kubur. FOTO Safuri Kamarudin
Safuri Kamarudin

Baling: Ibu kepada Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi, iaitu Minah Jaafar, 67, terbunuh selepas kereta dinaiki berlanggar dengan bas di Jalan Parit Panjang-Kuala Ketil, berhampiran Perkampungan Islam Kembai, di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku pada 8.30 pagi ketika mangsa dari Madrasah Misbul Al Falah, Kampung Banggol Berangan, Parit Panjang dalam perjalanan untuk menziarahi cucunya di Bukit Selambau dengan menaiki kereta Honda Accord dipandu anaknya, Sopiullah Omar Zuhdi, 47.

Akibat kemalangan itu, Minah dan anaknya parah dan dirawat di Unit Kecemasan Hospital Baling (HB), namun dia meninggal dunia pada 10.10 pagi.

Abang kepada Sopiullah, Othman, 61, berkata, ibu tirinya mengalami kecederaan di kepala dan kedua dua tangan akibat kemalangan itu.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang bersebelahan pusara suaminya Allahyarham Tuan Guru Omar Zuhdi Salleh yang juga guru pondok terkenal di Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2016 @ 6:27 PM