KERETA api HSR Shinkansen. FOTO arkib NSTP
KERETA api HSR Shinkansen. FOTO arkib NSTP
Abdul Jalil Hamid


TOKYO: Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dijangka antara agenda utama pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan rakan sejawatnya, Shinzo Abe, Rabu ini.

Jepun dijangka melobi secara agresif projek infrastruktur terbesar Malaysia ini yang bernilai antara RM60 bilion hingga RM65 bilion.

Jepun yang bersaing dengan China, Korea Selatan dan beberapa pengeluar Eropah lain menawarkan kereta api terkenalnya, Shinkansen.

Najib memulakan lawatan kerja tiga hari esok, sebelum sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), di Lima, Peru dan menyifatkan Shinkansen mempunyai reputasi membanggakan di peringkat antarabangsa.

"Meniti pembangunan HSR Kuala Lumpur dan Singapura, saya pasti Shinkansen akan menjadi antara peneraju pesaing dalam membida tender projek ini," katanya kepada akhbar Asahi Shimbun.

Najib turut mengakui syarikat Jepun mempunyai rekod pencapaian yang terbaik dalam membangunkan projek.

Najib dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, 5 Disember ini bagi menyaksikan majlis memeterai perjanjian dua hala dalam memperkukuhkan projek HSR berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2016 @ 8:08 PM