KANE (tengah) fokus latihan bersama rakan sepasukan.
KANE (tengah) fokus latihan bersama rakan sepasukan.

London: Mauricio Pochettino menegaskan kekecewaan terhadap persembahan hambar Tottenham akhir-akhir ini tidak akan menjejaskan pasukannya yang dilanda kecederaan untuk kembali ke landasan baik dalam Liga Juara-Juara.

Seri 1-1 menentang Leicester Sabtu lalu menyebabkan pengurus Tottenham, Pochettino menempuh lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

West Bromwich Albion, Bournemouth dan Bayer Leverkusen turut mengikat Tottenham manakala Liverpool menyingkirkan mereka daripada Piala Liga.

Kekecewaan itu menyuramkan sedikit suasana di White Hart Lane sejak kemenangan menakjubkan ke atas Manchester City.

Namun, Pochettino menyedari kecederaan menjadi masalah utama Tottenham dan berharap mereka kembali meraih keputusan dikehendaki sebaik pemain yang cedera kembali beraksi.

Harry Kane dan Toby Alderweireld masih memulihkan diri daripada kecederaan buku lali dan kaki, manakala Moussa Sissoko digantung perlawanan dan Erik Lamela masih kurang sihat.

Kane dan Alderweireld mungkin boleh turun sama ada menentang Leverkusen pada Liga Juara-Juara di Wembley awal pagi esok atau pertembungan jiran setempat utara London di Arsenal hujung minggu ini.

Ditanya jika beliau mengalami tempoh mengecewakan dalam pengurusan seperti ketika ini, Pochettino berkata: “Saya tidak ingat langsung.

“Ia sukar kerana pemain hadir mungkin tidak cedera. Tapi, mereka banyak masalah lagipun mungkin bermain dua perlawanan amat memeritkan. Kami berdepan masalah kecil dengan Toby Alderweireld, Harry Kane, penggantungan Sissoko dan Erik Lamela.

“Benar ia satu tempoh yang sukar apabila anda bermain, bermain, bermain anda perlukan semua pemain boleh diturunkan, tapi anda perlu menyesuaikan diri dengan pertandingan dan kami gembira.

“Benar kami kecewa dengan beberapa keputusan terakhir, tapi dalam pada masa sama kami perlu mengambil yang positif dan terus bekerja keras.”
- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 10:02 AM