Zalman Aefendy ketika memperkenalkan tiga pelan data terbaru Celcom First. FOTO Aizuddin Saad
Zalman Aefendy ketika memperkenalkan tiga pelan data terbaru Celcom First. FOTO Aizuddin Saad
Sofyan Rizal Ishak

Kuala Lumpur: Celcom Axiata Berhad (Celcom Axiata), mengumumkan tiga pelan data terbaru bagi segment pasca bayarnya di bawah jenama Celcom First dengan peruntukan kuota data lebih besar pada harga berpatutan.

Pelan First Gold kini ditawarkan dengan kuota data sebanyak 20 GB pada harga RM80 manakala First Platinum 60 GB dengan harga RM150.

Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, syarikat turut menawarkan pelan First Gold Plus dengan data 40 GB pada harga RM98.

“€œTawaran terbaru ini menjadikan pelan Celcom First lebih segar dan diperkayakan di mana kini ia menawarkan lebih banyak peruntukan data melalui rangkaian 4G terbaik kami” katanya pada pengumuman pelan itu di sini, hari ini.

Pelan terbaru Celcom First ini boleh mula didapati oleh pelanggan baru bermula 28 Oktober ini manakala pelanggan sedia ada akan menikmati peruntukan internet baru itu bermula 1 November secara automatik tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 1:07 PM