TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom Axiata, Azwan Khan Osman Khan (tengah) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom Axiata, Zalman Aefendy Zainal Abidin (kanan) ketika majlis pelancaran. FOTO Rosela Ismail

Wan Nur Ameera Meor Rozman

Kuala Lumpur: Celcom Axiata Berhad memperkenalkan ciri terbaru produknya iaitu GBshare yang lebih mudah dikongsi dan diuruskan.

Dengan ciri terbaru ini, pelanggan Celcom FIRST Gold Plus dan FIRST Platinum kini boleh berkongsi kuota Internet bersama rakan dan keluarga dengan mudah melalui aplikasi pascabayar, MYCELCOM POSTPAID.

GBshare boleh didapati melalui Celcom FIRST Gold Plus RM98 (40GB) dengan pendaftaran 2 GBshare Lines untuk perkongsian internet yang mudah sehingga 44GB.

Manakala untuk FIRST Platinum RM150 (60GB), pelanggan boleh mendaftar 2 GBshare Lines atau sehingga maksimum 5 GBshare Lines untuk membenarkan perkongsian Internet sehingga 70GB dengan lima ahli keluarga.

Setiap talian GBshare pada harga RM48 juga didatangkan dengan 2GB internet tambahan kepada jumlah kuota kumpulan internet bulanan terbabit.

Talian GBshare juga menawarkan panggilan tanpa had dan penggunaan tanpa had bagi aplikasi WhatsApp dan WeChat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 4:18 PM