1. BAHAN diperlukan.
1. BAHAN diperlukan.
2. DIDIHKAN air sekadar cukup untuk saiz ikan dan rebus ikan kira-kira lima minit.
2. DIDIHKAN air sekadar cukup untuk saiz ikan dan rebus ikan kira-kira lima minit.
3. MASUKKAN semua bahan yang sudah dipotong ke dalam mangkuk.
3. MASUKKAN semua bahan yang sudah dipotong ke dalam mangkuk.
4.  MASUKKAN jus limau.
4. MASUKKAN jus limau.
5. TAMBAHKAN gula perang sebagai penyedap rasa dan gaulkan sebati.
5. TAMBAHKAN gula perang sebagai penyedap rasa dan gaulkan sebati.
6.  CAMPURKAN sos ikan Thai.
6. CAMPURKAN sos ikan Thai.
7.  HIDANGKAN ikan dan kemudian letakkan campuran bahan penambah rasa di atasnya
7. HIDANGKAN ikan dan kemudian letakkan campuran bahan penambah rasa di atasnya
8.  INDRA menunjukkan resipi mudah tetapi berkhasiat.
8. INDRA menunjukkan resipi mudah tetapi berkhasiat.
Faizatul Farlin Farush Khan


Cara masakan yang betul amat penting bagi memastikan nutrien dapat diserap dengan lancar, bukan saja dalam kalangan dewasa tetapi juga kanak-kanak.

Kesihatan sistem penghadaman menjadi kunci yang menentukan kesejahteraan diri secara menyeluruh, selain memastikan anak-anak sentiasa ceria menempuh setiap hari yang mendatang.

Perunding diet Indra Balaratnam, berkongsi resipi mudah yang boleh disediakan kurang daripada 10 minit, sesuai untuk ibu sibuk tetapi pada masa sama, tetap berkhasiat untuk anak-anak.

Ikuti langkah demi langkah cara penyediaan resipi ikan rebus tropika yang bukan saja lazat namun pada masa sama mampu memelihara sistem penghadaman dan membekalkan nutrisi cukup.

RESIPI IKAN REBUS TROPIKA

BAHAN:

• Sepotong ikan Halibut (potong secara hirisan)

• Sebiji mangga (dipotong dadu)

• Sebiji bawang merah (dicincang)

• Sebiji epal hijau

• Setengah cawan daun parsli Cina (dipotong kasar)

• 1 sm halia (dicincang halus)

• 4 sudu besar jus limau

• 1 sudu teh gula perang

• Sos ikan Thai secukup rasa

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2016 @ 11:42 AM