IBU pengantin lelaki, Orliyah Sali memperkemaskan halaman untuk perkahwinan anaknya walaupun dijangka berlaku fenomena air pasang besar di Kampung Tok Muda, Kapar. FOTO Muhammad Sulaiman
IBU pengantin lelaki, Orliyah Sali memperkemaskan halaman untuk perkahwinan anaknya walaupun dijangka berlaku fenomena air pasang besar di Kampung Tok Muda, Kapar. FOTO Muhammad Sulaiman
Fuad Hadinata Yaacob


Klang: Majlis perkahwinan yang dirancang, Ahad, 16 Oktober, di Kampung Tok Muda, Kapar, di sini, akan diteruskan walaupun dijangka dilimpahi air berikutan fenomena air pasang besar, kira-kira 5 pagi.

Majlis perkahwinan antara Juniharyono Jakpar, 26, dan Izzatul Khafawati Osman, 24, tetap diteruskan meskipun air naik di kawasan rumah itu kerana sudah dirancang sejak setahun lalu.

Bagaimanapun, Juniharyono atau lebih dikenali Muttakin, berkata pihaknya sudah menggali longkang berhampiran rumahnya sebagai langkah awal jika paras air meningkat.

IBU pengantin lelaki, Orliyah Sali memperkemaskan halaman untuk perkahwinan anaknya walaupun dijangka berlaku fenomena air pasang besar di Kampung Tok Muda, Kapar. FOTO Muhammad Sulaiman
IBU pengantin lelaki, Orliyah Sali memperkemaskan halaman untuk perkahwinan anaknya walaupun dijangka berlaku fenomena air pasang besar di Kampung Tok Muda, Kapar. FOTO Muhammad Sulaiman

"Jika air naik majlis ini akan diteruskan juga dan berdasarkan kejadian sama September lalu, air hanya naik di belakang rumah pada paras betis dan paras buki lalu di depan rumah.

“Namun, kita sudah melakukan persediaan, jika air naik semua barangan terutama pelamin akan dinaikkan tinggi," katanya, di sini, malam tadi.

Sehingga ini, katanya, tiada pengumuman mengenai paras air meningkat.

Tapi, katanya, mereka bersedia malah tidak tidur menunggu air pasang besar yang dijangka melanda pada awal pagi.

FOTO Muhammad Sulaiman
FOTO Muhammad Sulaiman

“Majlis sebelah malam iaitu marhaban dan sesi bergambar berjalan seperti biasa namun ada antara kami akan berjaga sehingga esok untuk menunggu fenomena ini.

"Bagaimanapun, saya berharap tiada apa-apa berlaku," katanya yang sudah mengadakan majlis di sebelah perempuan, September lalu.

Sementara itu ibunya, Orliyah Sali, 40-an, berkata, dia berdoa semoga kawasan rumahnya tidak dinaiki air seterusnya majlis yang dirancang berjalan lancar.

"Saya hanya mampu berdoa dan Allah SWT menentukan. Jika ditakdirkan air naik, saya terima dan majlis tetap diteruskan.

“Apatah lagi, ini majlis perkahwinan anak sulung kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Oktober 2016 @ 12:15 AM