BIRU untuk pengawas.
BIRU untuk pengawas.
RONA hitam untuk Pandu Puteri.
RONA hitam untuk Pandu Puteri.
PILIHAN untuk mereka yang menyertai Puteri Islam.
PILIHAN untuk mereka yang menyertai Puteri Islam.
Siti Zarinah Sahib


Memulakan perniagaan secara dalam talian pada 2012 dengan hanya memasarkan tudung sekolah di rumah, namun pemilik Fathiyah’s dreams, Rodzi Mohamed, 38, mengakui sambutan diterima sangat menggalakkan.

Dalam tempoh setahun dia terpaksa berpindah ke lot kedai bagi menampung stok yang semakin bertambah.

“Kemudian pada tahun yang sama Fathiyah’s Dream membuat ubah suai sebahagian daripada kedai bagi menjadikannya butik mini. Ini bagi memenuhi permintaan pelanggan yang gemar membeli menerusi butik fizikal disebabkan ingin melihat dan merasai sendiri material tudung,” katanya.

Memasarkan tudung sekolah kerana berasakan ia mendapat permintaan ramai serta tidak terlalu banyak persaingan.

Rodzi menjelaskan, keistimewaan tudung sekolah Fathiyah’s Dream ialah pada material lycra yang digunakan.

Menyedari keadaan cuaca panas di Malaysia dan sesuai untuk pemakaian kanak-kanak, Rodzi memilih fabrik lembut dan sejuk.

“Material yang kami gunakan ialah lycra 320gm. Kainnya yang lembut memberikan keselesaan kepada manakala ia terletak cantik apabila kanak-kanak memakainya disebabkan berat material berkenaan.

“Ia sesuai untuk kanak-kanak yang aktif di sekolah dan menjalani banyak aktiviti fizikal di padang kerana menyerap peluh serta selesa dipakai,” katanya.

Menyediakan lima warna pilihan iaitu putih, hitam, hijau, biru pengawas dan merah jambu Puteri Islam, sejak empat tahun lalu, Rodzi membuat beberapa pembaharuan pada tudung sekolah untuk memberi keselesaan kepada pelanggan.

“Ramai mengakui tudung dibeli terlalu besar atau kecil serta tidak muat untuk bentuk wajah anak mereka. Untuk itu kami mempelbagaikan ukuran supaya dapat dipakai semua lapisan usia,” katanya

Terdapat empat ukuran disediakan iaitu S, M, L dan XL untuk kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun. Harga mengikut ukuran bermula RM25 untuk saiz S dan M manakala L dan XL berharga RM29.

“Biasanya saya jelaskan apabila memilih pakaian untuk anak-anak, pandang dan bayangkanlah wajah suci mereka. Lihat masa depan mereka dalam minda kita. Ingatlah, apa yang kita beri sekarang, itulah yang akan mereka pakai pada masa hadapan,” katanya.

Bagi memperluaskan pasaran produk dan membantu suri rumah menjana pendapatan, Fathiyah’s Dream membuka peluang sesiapa saja menjadi ejen dropship.

“Alhamdulillah setakat ini, hampir 90 ejen dropship berdaftar dengan kami dan menerima manfaat daripada program ini. Kami menyasarkan bilangan ini bertambah kepada 150 menjelang Ramadan 2017 nanti. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Fathiyah’s Dream.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 2:13 PM