Nur Lela Zulkipli


Kuala Selangor: “Saya sanggup abaikan rawatan kimoterapi dan radioterapi semata-mata untuk menyelamatkan nyawa anak. Saya tidak sanggup melihat dia menanggung kesakitan keseorangan tanpa saya di sisi,” itu luah Suhaida Mohamad, 42, yang menghidap kanser payudara tahap tiga.

Biarpun terpaksa menahan kesakitan sejak setahun lalu, ibu beranak satu itu sanggup mengabaikan kesihatan dirinya yang memerlukan rawatan kanser segera semata-mata ingin memastikan anak tunggalnya, Muhammad Danish, 11, sembuh sepenuhnya selepas menjalani rawatan bagi kanser tulang tahap empat.

Menceritakan kembali, Suhaida dan Muhammad Danish menghidap kanser pada waktu yang lebih kurang sama iaitu setahun yang lalu namun keutamaan diberikan kepada Muhammad Danish kerana tiada apa yang dapat menandingi kasih seorang ibu.

“Saya sudah sedar lama kewujudan ketulan di payudara sebelah kiri, namun Muhammad Danish pada ketika itu mula menunjukkan tanda kanser tulang dan saya terus lupakan niat untuk pergi berubat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 8:39 AM
SUHAIDA bersama Muhammad Danish  menghidap kanser tulang tahap 4 di kediaman mereka di Kampung Assam Jawa, Bukit Rotan.
SUHAIDA bersama Muhammad Danish menghidap kanser tulang tahap 4 di kediaman mereka di Kampung Assam Jawa, Bukit Rotan.