Tolonglah, jangan biarkan kami mati di sini.
Tolonglah, jangan biarkan kami mati di sini.
Hanya sup air menjadi makanan seharian.
Hanya sup air menjadi makanan seharian.
Keadaan banduan yang menyedihkan termasuk ada mati  (gambar kanan) dalam keadaan sangat kurus akibat kekurangan makanan.
Keadaan banduan yang menyedihkan termasuk ada mati (gambar kanan) dalam keadaan sangat kurus akibat kekurangan makanan.
Daily Mail

London: Kemelesetan ekonomi Venezuela yang teruk menyebabkan banduan di penjara negara itu kini terkurung dalam keadaan menyedihkan dengan kekurangan makanan yang serius serta tidak mendapat rawatan yang sempurna hingga ada yang mati akibat kekurangan zat atau sakit.

Rakaman video yang diseludup keluar dari penjara di San Juan de los Morros, di wilayah Guarico, menunjukkan banduan kini berjuang melawan kelaparan untuk terus hidup

Keruntuhan ekonomi Venezuela menyebabkan berlaku kekurangan bekalan, termasuk makanan dan ubatan yang serius hingga menjejaskan 30 juta rakyatnya. Ramai mati akibat kelaparan dan penyakit.

Seorang banduan dalam rakaman itu berkata: “Lihat kami, lihat keadaan kami yang teruk ini, kami perlukan ubatan untuk terus hidup.”

Seorang lagi banduan yang berkerusi roda berkata: “Kami juga manusia, kami berhak mendapat peluang kedua.”

Banduan ketiga merayu: “Tolonglah, jangan biarkan kami mati di sini. Tolong kami saudara. Kami tak mahu mati.”

Orang yang membuat rakaman itu berkata: “Dunia luar perlu tahun apa yang berlaku di sini.”

Ada dakwaan polis Venezuela menghalang penghantaran makanan, ubat dan air ke penjara yang menimbulkan kemarahan anggota keluarga banduan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 6:43 PM