PEMAIN tengah negara, Fitri Saari (kiri) cuba memasuki kubu pasukan New South Wales (NSW) Waratahs dalam perlawanan AHL yang menyaksikan skuad negara kalah 2-5 di Stadium Hoki Perth, semalam.
PEMAIN tengah negara, Fitri Saari (kiri) cuba memasuki kubu pasukan New South Wales (NSW) Waratahs dalam perlawanan AHL yang menyaksikan skuad negara kalah 2-5 di Stadium Hoki Perth, semalam.
Ferzalfie Fauzi


Perth: Aksi buruk pada suku pertama menghukum skuad hoki negara untuk layak ke separuh akhir Liga Hoki Australia (AHL) apabila mereka tumpas 2-5 kepada New South Wales (NSW) Waratahs di Stadium Hoki Perth, semalam.

Skuad bimbingan Stephen Van Huizen itu, melepaskan tiga gol pada suku pertama sehingga menyebabkan Malaysia tidak mampu mencatat kemenangan berharga.

Gol NSW Waratahs dihasilkan Landon Morley pada minit ke-2, Flynn Ogilvie (m-6), Robert Mcguire (m-15, 24) dan Nick Hill (40).

Malaysia membalas menerusi Shahril Saabah (m-16) dan Joel Van Huizen (m-47).

Menurut Van Huizen, memang beliau kecewa dengan keputusan perlawanan walaupun ada beberapa perkara positif.

“Suku pertama memang terlalu teruk, apabila dibolosi seawal minit kedua. Pemain juga membiarkan lawan menguasai perlawanan sehingga keputusan berakhir 1-4 sebelum rehat,” katanya selepas perlawanan tamat semalam.

Ujarnya, pada suku ketiga dan keempat baru skuad negara bangkit dan beliau berasa gembira dengan pemain yang mengenal putus asa untuk cuba menjaringkan gol serta membolosi pertahanan lawan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 8:28 AM