SITI Insiah menunjukkan pelbagai produk wangian yang dihasilkan DHIACT.
SITI Insiah menunjukkan pelbagai produk wangian yang dihasilkan DHIACT.
Nor Raidah Awang

Kulim: Memahami cita rasa pelanggan masa kini yang semakin mementingkan wangian dalaman dan luaran, produk DHIACT yang menggunakan formula istimewa dapat memberi perubahan positif tanpa kesan sampingan berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam industri pasaran.

Pengasasnya, Datin Siti Insiah Abdul Wahab berkata, produk keluarannya dihasilkan menggunakan wangian pati asli bagi menjamin kualiti.

“Kita ada 10 wangian lelaki dan wanita menerusi produk di bawah jenama DHIACT yang baru dipasarkan hampir sebulan lalu. Semua haruman ini setanding kualitinya dengan wangian jenama lain yang berada di pasaran dan sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat, malah boleh digunakan ketika solat,” katanya.

Menurutnya, produk DHIACT kini mempunyai 20 stokis di sekitar Kedah, Pahang, Selangor, Perlis dan Pulau Pinang dan akan diperluaskan ke seluruh negara selepas dilancarkan 1 Oktober depan .

“Wangian DHIaCT dilihat sesuai digunakan pada masa kini kerana mempunyai aroma tersendiri selain harga menarik dan mampu dimiliki semua peringkat umur.

“Istimewanya, wangian DHIACT mampu kekal selama 72 jam tanpa rasa was-was dan kita juga memberi pilihan kepada masyarakat Muslim kerana ia boleh digunakan ketika solat,” katanya.

Jelasnya, DHIACT menyasarkan untuk melantik lebih banyak ejen baru di seluruh negara menerusi pelancaran DHICT yang bakal berlangsung pada Sabtu ini di Dataran Sejahtera Kulim Kedah pada jam 8 malam, lokasi bersebelahan Pejabat Tanah dan Daerah Kulim.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2016 @ 7:22 AM