Abdul Aziz menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.
Abdul Aziz menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.
Route 69 Cafe mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.
Route 69 Cafe mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.
Oleh Azahar Hashim

Kulim: Route 69 Cafe Sdn Bhd kini dalam perancangan untuk menambah rangkaian restoran yang menyajikan hidangan makanan tempatan dan Barat menerusi pembukaan sebuah cawangan baru di Lembah Klang menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya, Abdul Aziz Shaik Ahmad berkata, cadangan pembukaan restoran terbaru itu dibuat selepas melihat sambutan amat mengalakkan daripada pelanggan di dua buah premis Route 69 Cafe yang terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam dan Teluk Robina, Butterworth di Pulau Pinang.

Beliau berkata, berikutan itu pihaknya kini sedang mencari lokasi bersesuaian di sekitar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan orang ramai kerana mampu memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai.

“Kini Route 69 Cafe mempunyai tiga cawangan dengan terbaru di Jalan Kulim Landmark 1 yang terletak di bawah Hotel Tunes dan berdekatan pusat beli-belah Land Mark yang menjadi tumpuan orang ramai termasuk di kawasan sekitarnya,” katanya selepas majlis pembukaan cawangan ke-3 Route 69 Cafe dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, dekat sini.

Abdul Aziz berkata, konsep yang diperkenalkan Route 69 Cafe adalah tempat menjamu selera yang selesa serta perkhidmatan yang baik pada harga berpatutan seperti gerai di tepi jalan.

Katanya, keistimewaan yang dimiliki restoran itu mampu menjadi daya tarikan pengunjung untuk datang merasai sendirisajian yang disediakan.

“Kami memberi perkhidmatan terbaik dan keselesaan kepada pengunjung dengan harga makanan berpatutan. Orang ramai tidak perlu berasa bimbang untuk masuk ke Route 69 Cafe kerana melihat dari segi fizikal sahaja dengan menyangka harga makanan dan minuman agak mahal seperti cafe lain.

“Tetapi mereka boleh datang untuk merasai suasana itu kerana harga makanan dan minuman amat berpatutan agar menjadi pilihan menjamu selera orang ramai,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2015 @ 5:02 AM