DR Norhizan Ismail. FOTO arkib NSTP
DR Norhizan Ismail. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengesahkan tujuh kanak-kanak dimasukkan ke wad sebab muntah dan cirit birit setelah mandi di Bukit Merah, Perak.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Norhizan Ismail berkata, setakat 6 petang tadi, Hospital Kulim Kedah melaporkan empat kes iaitu tiga kes dilaporkan semalam dan satu kes hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak yang dirawat di Hospital Kulim berumur antara 11 bulan sehingga 20 bulan dan bukan daripada keluarga yang sama mula mendapat gejala itu.

"Manakala hospital swasta di Sungai Petani turut mengesahkan memberi rawatan kepada tiga kanak-kanak yang berumur tiga tahun, enam tahun dan 10 tahun daripada keluarga sama.

"Mereka dimasukkan ke wad semalam selepas mengalami gejala itu," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa memaklumkan bercuti di taman tema air di Bukit Merah, Perak, Sabtu lalu.

"Keputusan makmal mengesahkan jangkitan rotavirus namun dilaporkan stabil.

"Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sudah melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi menjalankan kan siasatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 9:53 PM