TENTERA Afghanistan mengawal pos di Kunduz, tempat 12 askar dibunuh oleh rakan mereka. - Reuters
TENTERA Afghanistan mengawal pos di Kunduz, tempat 12 askar dibunuh oleh rakan mereka. - Reuters

Kunduz : Kira-kira 12 askar Afghanistan dibunuh ketika mereka tidur oleh dua rakan mereka di sebuah pos kawalan berhampiran bandar ini.

Pegawai kanan polis Kunduz, Sher Aziz Kamawal berkata, dua askar yang disyaki mempunyai hubungan dengan Taliban meninggalkan pos itu untuk menyertai kumpulan militan terbabit selepas melakukan pembunuhan itu.

Pos berkenaan yang digunakan untuk melindungi bandar itu pernah ditawan Taliban setahun lalu.

Jurucakap gabenor Kuduz, Mahmood Danis berkata, usaha memburu dua askar berkenaan sudah dilancarkan.

Serangan orang dalam sudah sekian lama menghantui tentera Afghanistan dan pasukan antarabangsa di negara itu, menyebabkan rasa tidak percaya satu sama lain begitu tinggi dalam kalangan pasukan keselamatan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 10:44 AM