PERASMIAN gedung baru  Courts di Jitra.
PERASMIAN gedung baru Courts di Jitra.
Nabil Basaruddin

Kuala Lumpur: Courts Malaysia, peneraju bagi segmen teknologi maklumat (IT), peruncit elektrik dan perabot, mengumumkan pembukaan empat rangkaian gedung terbarunya menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 66 gedung Courts di seluruh negara.

Lebih menarik, dengan dua gedung baru dibuka pada September dan dua gedung lagi yang berada pada perancangan pembukaan pada suku ketiga ini, Courts Malaysia menyasarkan pembukaan 70 gedung menjelang tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017.

Courts Jitra yang terletak di Kedah telah dibuka pada 1 September lalu manakala Courts Bandar Riyal di Kota Samarahan, Sarawak pula dibuka pada 9 September lalu. Dua gedung baru lain masing-masing akan dibuka di Perak dan Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Courts Asia merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia, Tim Luce berkata, gedung yang baru dibuka itu menampilkan format kedai dengan ciri-ciri peningkatan pengalaman membeli-belah yang selesa.

“Untuk gedung baru ini, kami menampilkan campuran produk membeli-belah yang luar biasa seperti perkakas elektrik, barangan digital serta perabot rumah dan set bilik tidur,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2016 @ 7:05 AM