JASMINE dan Courts Malaysia jalin kerjasama lancarkan promosi sempena Aidilfitri.
JASMINE dan Courts Malaysia jalin kerjasama lancarkan promosi sempena Aidilfitri.
Nabil Basaruddin

Kuala Lumpur: Jasmine Food Corporation Sdn Bhd (Jasmine) dan Courts Malaysia menjalin kerjasama melancarkan promosi sempena sambutan Aidilfitri iaitu penawaran diskaun penebusan untuk semua pelanggannya bermula 27 Mei hingga 17 Julai di seluruh Semenanjung Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Lim Swee Keat berkata, dengan pembelian mana-mana produk Jasmine iaitu PusaCream, BasmathiKing, PusaGold dan Super5, pelanggan boleh mengemukakan resit di cawangan Courts untuk mendapatkan diskaun RM5 daripada pembelian bernilai RM199 dan ke atas.

Beliau berkata, bagi ahli HomeClub Courts, mereka turut berpeluang menerima Jasmine Super5 500 gram pek secara percuma.

“Kami berharap promosi dijalankan bersama Courts Malaysia ini akan memberikan suasana Aidilfitri yang lebih meriah kepada pelanggan kami.

“Sambil berbelanja barangan seperti perabot, elektronik atau produk teknologi maklumat (IT), mereka turut berpeluang menikmati beberapa diskaun daripada pembelian mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pengarah Pemasaran Courts Malaysia Low Bee Yin berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk menyediakan pelanggan dengan pelbagai produk rumah pada harga berpatutan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 1:29 AM