DR Nadzirah menunjukkan  produk kecantikan yang ditawarkan di Hannan Medispa.
DR Nadzirah menunjukkan produk kecantikan yang ditawarkan di Hannan Medispa.
Nurul Huda Kosnon

Kuala Lumpur: Pusat terapi kecantikan, Hannan Medispa merancang untuk menembusi pasaran Brunei pada akhir tahun ini sebagai antara usaha awal syarikat untuk memasarkan perkhidmatan terapi dan jualan produk kecantikan itu ke pasaran global.

Perunding kecantikan cawangan Wangsa Maju, Dr Nadzirah Abdullah berkata, Hannan Medispa yang setakat ini sudah memiliki sembilan cawangan antaranya di Kelantan, Terengganu, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kedah.

“Kami juga dalam perancangan membuka cawangan di Melaka, Kuantan, Sabah dan Sarawak pada pertengahan tahun ini sebelum menembusi pasaran Brunei akhir tahun ini.

“Sambutan yang diterima sangat positif dan kami berusaha untuk memperluaskan perniagaan ke luar negara iaitu bermula di Brunei,” katanya.

Beliau berkata, Hannan Medispa optimis menyediakan rawatan mengurang dan mencegah masalah kulit termasuk masalah jerawat, jeragat serta kegemukan dengan menggunakan produk serta teknologi canggih dan berkualiti dari Amerika Syarikat, Australia dan Korea.

“Pihak kami menggunakan ‘Face Analyser’ untuk mengenal pasti masalah pada kulit dan akan memberi terapi secara terperinci,” katanya.

Menurutnya, teknologi mesin yang digunakan juga mampu mengesan saiz pori dan enzim yang menjadi punca jerawat sebelum menetapkan terapi serta krim yang boleh mengurangkan masalah berkenaan.

“Hannan Medispa menawarkan lebih 15 kategori rawatan termasuk Elsa Acne, Pigmentation and Skin Rejuvenation, Weight Loss Programme, Cryolipo Fat Freezing, Flawless Skin Therapy, Vaginal Rejuvenation Therapy dan Super Facial Therapy,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2016 @ 7:09 AM