Salimah  menunjukkan antara produk baru dikeluarkan.
Salimah menunjukkan antara produk baru dikeluarkan.
Norazimah Narudin

Johor Bahru: Isra’ Life, syarikat jualan langsung produk kecantikan dan kesihatan menyasarkan 10,000 unit set kecantikan I’S Skin Care terjual dalam enam bulan pertama selepas pelancaran produk itu pada Mac depan.

I’S Skin Care adalah set kecantikan pertama yang dihasilkan dan didatangkan dalam lima jenis untuk penjagan kulit wajah iaitu Aura Rich Cream, Facial Treatment & Whitening Cleanser, Whitening normal Toner C dan Night Treatment Cream.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Salimah Salim berkata, set kecantikan berkenaan ditampilkan dalam harga mampu milik iaitu bawah RM100 setiap set supaya setiap pelanggan mampu memilikinya.

“Buat permulaan untuk memperkenalkan set kecantikan ini, kita tampilkan dalam dua jenis iaitu set biasa dan set pengembara. Ramai pelanggan tertunggu-tunggu pelancaran set kecantikan ini selepas melihat hasil bedak asas Miracle Essence Foundation dan Sabun Golden Tsamarat kami.

“Set kecantikan ini selamat digunakan kerana diperbuat daripada bahan mengandungi vitamin C dan semula jadi serta bebas daripada bahan terlarang. Pengguna tidak mengalami pengelupasan kulit seperti produk lain,” katanya selepas perasmian Majlis Diamond Award di Hotel New York di sini.

Menurutnya, pihaknya yakin dengan adanya set kecantikan ini dapat melengkapkan 13 produk kesihatan yang merangkumi kecantikan sedia ada dihasilkan oleh Isra’ Life sejak tiga tahun penubuhannya.

Selain itu, syarikat memperoleh semakin ramai ahli yang kini mencecah 75,000 orang apabila berjaya menembusi pasaran Indonesia, Singapura dan Brunei.

Antara produk dihasilkan Isra’Life dan baru dilancarkan termasuk pencuci wanita Tanzif Aimra’a Hygiene, Minyak Terapi Gelium Sufia dan Ubat Gigi Ajaib Miswak Chis’ Sol. Produk Tsamarat Extract iaitu minuman yang dihasilkan berasaskan makanan sunah seperti kurma, kismis dan dicampur dengan stemcell.

Orang ramai yang berminat menjadi ahli atau mencuba produk dikeluarkan boleh melayari laman web www.isralife.my atau laman sosial Facebook (ISRA’LIFE HQ).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2016 @ 5:03 AM