Dira tidak mahu beri kenyataan.FOTO fail NSTP
Dira tidak mahu beri kenyataan.FOTO fail NSTP
Nor Akmar Samudin


Kuala Lumpur: Walaupun ramai yang memperkatakan pelakon Dira Abu Zahar sudah bercerai dengan suaminya yang juga pengarah filem Helmi Yusof awal Ramadan lalu, namun kedua-duanya terus mengunci mulut.

Dira ketika dihubungi berkata, ramai yang bertanya dengannya berhubung perkara itu tetapi dia lebih selesa berdiam diri.

€œSaya tak mahu komen dan saya tak akan bercakap apa-apa mengenai perkara itu walaupun ramai yang nak tahu, katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Helmi ketika dihubungi turut berpendirian sama dengan Dira.

Katanya, dia kini sibuk dengan penggambaran drama dan enggan mengulas mengenai hal itu.

€œKalau nak tahu cerita perceraian itu, saya tak mahu komen. Saya sibuk sekarang, hubungi saya semula, €katanya.

Kali pertama gosip perceraian mereka mula diperkatakan Julai lalu, namun mereka menafikannya.

Dalam masa sama, Dira mengakui dia kecewa apabila perkara sebegini lebih menarik perhatian berbanding kerjayanya sebagai pelakon dan pengarah.

Difahamkan, kemelut rumah tangga pasangan ini dikatakan berpunca daripada penajaan sebuah filem yang menjalani penggambaran di Thailand.

Mereka berkahwin pada 11 November 2011 di Merlimau, Melaka tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2016 @ 6:02 PM