FENOMENA air pasang besar di Pantai Kelanang, Banting, semalam. FOTO ihsan Bomba

Fuad Hadinata Yaacob

Shah Alam: Fenomena air pasang besar berlaku di beberapa kawasan di negeri ini mulai semalam dan hari ini membabitkan ketinggian paras air kira-kira 5.6 meter.

Antara kawasan yang terbabit adalah di Pantai Kelanang, Banting; Klang dan Sabak Bernam.

Limpahan air itu menyebabkan banjir berlaku namun surut beberapa jam kemudian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, tiada penduduk dipindahkan setakat ini.

Beliau turut meminta penduduk berwaspada dan berhati-hati sepanjang fenomena itu berlaku.

Sementara itu sumber Jabatan Pengairan dan Saliran menyatakan air pasang besar dijangka berlaku selama empat hari mulai semalam hingga Rabu ini pada paras lebih lima meter.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2016 @ 1:34 PM