KEADAAN motosikal terbabit dalam kemalangan. FOTO Hanafiah Md Nor
KEADAAN motosikal terbabit dalam kemalangan. FOTO Hanafiah Md Nor
MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO ihsan Mohd Hanafiah Md Nor
MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO ihsan Mohd Hanafiah Md Nor
MANGSA Hafizani Mahamad Yatim meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO Hamzah Osman
MANGSA Hafizani Mahamad Yatim meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman


Langkawi: Remaja lelaki kakitangan hotel, maut manakala abangnya cedera dalam kemalangan di Jalan Kuah-Padang Matsirat, di sini, tengah malam tadi.

Dalam 12.30 tengah malam itu, Hafizani Mahamad Yatim, 19, dari Kampung Kuala Temonyong di sini, disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di beberapa anggota badan dan kecederaan dalaman.

Abang mangsa, Hafizol, 24, yang menunggang motosikal berasingan dilaporkan hanya luka di kedua-dua kaki dan tangan serta dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Langkawi (HL) di sini.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Langkawi, Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika dua beradik berkenaan dalam perjalanan dari Kuah menghala ke Padang Matsirat.

"Sejurus tiba di tempat kejadian seorang penunggang motosikal terbabas sendiri ke pemisah jalan dan pada masa abang mangsa yang menunggang motosikal berasingan dan berada di belakang melakukan brek kecemasan sebelum turut terbabas ke pemisah jalan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mahadhir berkata, siasatan awal mendapati tiada pelanggaran motosikal yang ditunggang oleh dua beradik beradik berkenaan.

"Kedua-dua mangsa juga turut memiliki lesen memandu yang sah dan memakai topi keledar ketika kejadian.

"Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke HL untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 11:11 AM