LAMPU LED yang dijual kepada penduduk.
LAMPU LED yang dijual kepada penduduk.
DUA beradik menggunakan lampu LED untuk menyuluh bilik mereka.
DUA beradik menggunakan lampu LED untuk menyuluh bilik mereka.
PENDUDUK terpaksa menggunakan lampu LED untuk menyiapkan kerja mereka pada waktu malam.
PENDUDUK terpaksa menggunakan lampu LED untuk menyiapkan kerja mereka pada waktu malam.
SEORANG kanak-kanak membuat kerja sekolah menggunakan cahaya lilin.
SEORANG kanak-kanak membuat kerja sekolah menggunakan cahaya lilin.

Sejak sedekad lalu, Semenanjung Gaza mengalami sekatan dikenakan Mesir serta Israel yang mengehadkan proses keluar-masuk manusia dan barangan.

Bekalan elektrik turut dicatu di seluruh wilayah itu dengan Gaza hanya mempunyai akses kepada kurang separuh daripada keperluan sebenarnya.

Setiap hari penduduk mendapat bekalan elektrik hanya lapan jam atau kurang daripada itu, selain kerap juga terputus.

Loji kuasa Gaza dibom pada 2006 dan rangkaian bekalan elektriknya mengalami lebih banyak kerosakan ketika perang 2014. Kekurangan bekalan elektrik turut memberi kesan terhadap rawatan air kumbahan.

Ditambah dengan serangan serta sekatan Israel, perbalahan antara Hamas di Gaza dengan Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah semakin menyukarkan proses penyelesaian krisis tenaga itu yang sudah pasti memberi kesan terhadap penduduknya.

Wakil syarikat tenaga tempatan Gaza, Hazem Ahmed berkata: “Memang ada perancangan untuk membina loji kuasa atau medan tenaga solar. Namun, kami perlukan sokongan antarabangsa manakala antara Fatah serta Hamas pula tiada persefahaman.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2016 @ 5:04 AM