MODEL menggayakan koleksi terbaru daripada Van Cleef & Arpels.
MODEL menggayakan koleksi terbaru daripada Van Cleef & Arpels.
BOUTON d’or mampu menyerlahkan gaya wanita.
BOUTON d’or mampu menyerlahkan gaya wanita.
PERINCIAN dan hasil pertukangan tinggi digunakan dalam menghasilkan koleksi barangan kemas ini.
PERINCIAN dan hasil pertukangan tinggi digunakan dalam menghasilkan koleksi barangan kemas ini.
Faizatul Farlin Farush Khan


Diilhamkan daripada warisannya yang penuh perincian, Van Cleef & Arpels memperkenalkan Bouton d’or, koleksi barangan kemas dengan rekaan grafik yang menonjolkan bulatan sebagai elemen utamanya.

Berlian, emas, mutiara dan batu permata diikat bersama untuk menghasilkan rekaan berani, lahir daripada kepakaran yang unik.

Bermula daripada pemilihan permata dan logam berharga hingga proses pemasangan motif yang rumit, setiap barangan kemas koleksi itu melambangkan kehebatan jenama terbabit.

Bermain dengan garisan dan warna dalam keadaan harmoni dan ceria, koleksi kali ini menonjolkan motif barangan garisan melengkung kemas yang diperkenalkan pada penghujung 1930-an.

Dihasilkan semula, ia mengungkapkan hubungan antara jumlah dan warna, sekali gus menawarkan gaya yang grafik dan feminin.

Dihias dengan berlian di bahagian tengahnya, elemen itu diulang untuk menghasilkan rantai leher yang seakan-akan memeluk dan gelang simetri yang halus, anting-anting yang kelihatan ‘menari’ dengan setiap gerakan tubuh, loket menarik perhatian dan cincin dengan tiga dimensi.

Bercirikan gabungan bahan yang ‘berani’, koleksi itu terdiri daripada lima jenis barang kemas yang ditampilkan dalam dua set. Membiaskan cahaya secara lembut, emas merah jambu menyerlahkan warna mutiara dan batu akik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 5:01 AM