Kemalangan menyebabkan kesesakan teruk dan hanya pulih beberapa jam kemudian selepas bas dialihkan ke tepi lebuh raya. - Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Kemalangan menyebabkan kesesakan teruk dan hanya pulih beberapa jam kemudian selepas bas dialihkan ke tepi lebuh raya. - Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Keadaan bas persiaran yang terbalik di  KM31.3, Lebuh Raya KL-Karak, dekat Bukit Tinggi petang tadi. - Foto Ihsan Bomba
Keadaan bas persiaran yang terbalik di KM31.3, Lebuh Raya KL-Karak, dekat Bukit Tinggi petang tadi. - Foto Ihsan Bomba
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 13 pelancong Singapura dan seorang pemandu bas persiaran cedera selepas bas berkenaan terbabit dalam kemalangan di KM31.3, Lebuh Raya KL-Karak, dekat Bukit Tinggi, kira-kira 4.17 petang tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, bas berkenaan dalam perjalanan ke ibu negara dari pusat peranginan Genting Highlands, dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tembok dan terbalik.

"Sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam pada 4.20 petang.

"Semua mangsa yang cedera dibawa ke empat hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Bentong serta Hospital Selayang," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kemalangan itu menyebabkan kesesakan sepanjang sembilan kilometer.

"Kemalangan itu menghalang semua lorong utama, hanya lorong kecemasan sahaja dibuka. Bas berkenaan sudah dialihkan ke tepi jalan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2016 @ 8:34 PM