SEKITAR persembahan khas sambutan hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang di Padang Kemuniting, Kuantan. FOTO Farizul Hafiz Awang
SEKITAR persembahan khas sambutan hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang di Padang Kemuniting, Kuantan. FOTO Farizul Hafiz Awang
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz


Kuantan: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat memeriahkan perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-59 peringkat negeri bersama kira-kira 2,000 rakyat di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 (MPK4) di sini, hari ini.

Hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob serta barisan exco kerajaan negeri.

Perarakan dimulakan kontinjen wakil rakyat membabitkan 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang dan ia dibahagikan kepada beberapa segmen antaranya kampung kita dan pemimpin masa depan.

Seramai 7,600 peserta mewakili 88 kontinjen daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, dan swasta terbabit dalam perarakan kali ini.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperlihatkan ketangkasan mereka dengan melakukan demonstrasi tempur tanpa senjata membabitkan kira-kira 300 pegawai dan anggota.

Selain itu, kehadiran lima pesawat Sukhoi SU-30MKM, Bombardier dan tiga kenderaan berperisai AV 8X8 Gempita melakukan lintas hormat menarik perhatian orang ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2016 @ 10:48 AM