Raja Noraina Raja Rahim


Port Dickson: Peserta Triatlon Antarabangsa Port Dickson (PDIT) lemas, di Pantai Tanjung Tuan, Batu 5, Jalan Pantai, di sini.

Luye Kien Beng, 42, disedari lemas, kira-kira 8 pagi, 20 Ogos, oleh peserta lain sebaik memulakan pertandingan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Adzli Abu Shah, berkata mangsa cuba diselamatkan pasukan keselamatan pertandingan itu dengan membawanya ke darat dan memberikan bantuan pernafasan.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Port Dickson (HPD). Tapi, dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

"Mayat mangsa diserahkan ke Unit Forensik hospital berkenaan untuk bedah siasat.

“Keluarga mangsa yang menetap di Kuala Lumpur turut dimaklumkan mengenai kejadian itu," katanya.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2016 @ 12:07 AM