FOTO Reuters
FOTO Reuters
Hamdan Saaid


Rio de Janeiro: Datuk Lee Chong Wei meraih pingat perak keempat kontinjen negara.

Dia tumpas 18-21, 18-21 di tangan Chen Long dari China pada perlawanan penentuan pingat emas perseorangan lelaki badminton Sukan Olimpik Rio, malam tadi.

Ia pingat perak ketiga berturut-turut Chong Wei pada temasya sama selepas kecundang dua kali kepada rakan senegara Chen Long iaitu Lin Dan pada perlawanan akhir di Beijing 2008 dan London 2012.

Kekalahan itu bermakna Malaysia perlu menunggu empat tahun lagi bagi memburu pingat emas sulung di peringkat Olimpik selepas pulang dengan empat perak dan satu gangsa dari Rio.

Selain Chong Wei, tiga lagi perak diperoleh menerusi Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong dalam acara terjun 10 meter platform seirama, beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Gangsa tunggal dimenangi jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang dalam acara keirin lelaki.

Malaysia menghantar 32 atlet dalam sembilan jenis sukan pada temasya kali ini.

Terdahulu, Viktor Axelsen, pemain muda dari Denmark memperoleh gangsa individu lelaki Olimpik Rio 2016. Dia menumpaskan Lin Dan dari China 21-15, 10-21,17-21.

1st game

>> 7-7, 8-7, 9-7, 10-7, 11-7 [rehat jap], 11-8, 11-9 [Chen Long minta reviu kamera], 12-9 [Chen Long cabar kamera], 13-9 [DLCW cabar kamera], 13-10, 13-11, 13-12, 13-13, 14-13, 14-14, 14-15, 15-15, 16-15, 16-16, 16-17, 16-18, 17-18, 17-19, 17-20, 18-20, 18-21

2nd game

>> [DLCW mula] 1-0, 1-1 [CL servis] 1-2, 1-3, 1-4, 2-4, [DLCW servis] 3-4, 4-4, 4-5, [CL servis] 5-5, [DLCW servis] 6-5, 7-5, [Chen Long minta reviu kamera] 8-5, 8-6, [CL servis] 8-7, 8-8, 8-9, 8-10, 8-11 [rehat], [DLCW servis] 9-11, 10-11, 10-12, [CL servis] 11-12, 11-13, 11-14, 11-15, 12-15, [DLCW servis] 13-15, 13-16, 14-16, [DLCW minta reviu kamera] 14-17, [CL servis] 14-18, 15-18, [DLCW servis] 15-19, 16-19, 16-20, 17-20, 18-20, 18-21

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Ogos 2016 @ 10:23 PM