Hayati Ibrahim


Putrajaya: Sebuah kereta jenis Honda City hangus selepas terbabas dan melanggar sebatang pokok di bulatan Jalan Presint 14, di sini kira-kira jam 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, menurut saksi kereta yang dinaiki seorang lelaki dilihat terbabas ke sebelah kanan, sebelum melanggar sebatang pokok.

"Mangsa dilihat keluar dari kenderaan yang ketika itu belum terbakar dan dilihat menaiki sebuah motosikal dipercayai mungkin ke klinik atau hospital.

"Kenderaan dibiarkan di situ sehingga dimaklumkan terbakar oleh pegawai penyiasat, sepasukan anggota bomba dari Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Putrajaya dikerah ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran," katanya ketika dihubungi di sini.

Rosly berkata, sehingga kini mangsa tidak dapat dikesan.

"Kes masih dalam siasatan sehingga mangsa kemalangan buat laporan polis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 1:23 PM
KENDERAAN jenis Honda City terlibat Kemalangan, terbabas dan melanggar pokok lalu  terbakar di  Bulatan Jalan Presint 14, Putrajaya.  Pemandunya hanya mengalami cedera ringan. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
KENDERAAN jenis Honda City terlibat Kemalangan, terbabas dan melanggar pokok lalu terbakar di Bulatan Jalan Presint 14, Putrajaya. Pemandunya hanya mengalami cedera ringan. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor