KAWASAN refleksologi untuk pengunjung HTAA.
KAWASAN refleksologi untuk pengunjung HTAA.
PANCURAN air dihias indah.
PANCURAN air dihias indah.
SELESA untuk bersiar-siar sambil menghirup udara segar.
SELESA untuk bersiar-siar sambil menghirup udara segar.
SUSUN atur tanaman yang menarik.
SUSUN atur tanaman yang menarik.
Mohd Rizal Azman Rifin


Perkhidmatan kesihatan antara sektor yang rapat dengan kelangsungan hidup kita khususnya pembinaan hospital dan klinik.

Antara hospital yang banyak menabur sumbangan dalam aspek kesihatan ialah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.

HTAA sentiasa berusaha menjadikan kewujudannya bukan sekadar tempat merawat dan mendapat nasihat kesihatan semata-mata.

Sebaliknya, pihak pengurusannya sentiasa memandang sisi lain yang sama-sama memainkan peranan menjadikan HTAA sebagai lokasi selesa dan ceria.

Berdasarkan faktor itu, sebuah taman mini dibina dengan reka bentuk landskap yang sangat ceria.

Taman mini ini seakan-akan menjadi ‘penyambut tetamu’ kepada sesiapa saja yang datang menziarahi pesakit di wad.

Malah, ia menjadi bualan pengunjung lantaran kepelbagaian elemen yang digabungkan dari susun atur hingga menampakkan gaya taman rekreasi yang mendamaikan.

Lebih menarik, taman mini HTAA ini turut mewujudkan kawasan pengunjung dan pesakit melakukan sesi latihan menguatkan otot tulang belakang yang dikenali sebagai ‘Monkey Bar’.

Taman mini itu juga dilengkapi satu lagi kawasan digemari pengunjung iaitu refleksologi otot kaki.

Menerusi dua kemudahan di taman mini itu, ia menjadi tarikan yang sukar dilepaskan sesiapa untuk terus berada di sekitarnya.

Nyata pihak pengurusan HTAA bijak mencongak pendekatan dalam menjadikan persekitarannya sentiasa dikelilingi suasana bersih, indah dan kondusif.

Memang diakui dari segi psikologi bahawa pandangan dan persekitaran yang segar, hijau dan bersih antara aspek yang mampu memulihkan semangat dan membangkitkan sikap positif.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2016 @ 5:53 AM